Melabur melalui KWSP
KWSP ialah sebuah dana pesaraan individu yang membenarkan pencarumnya menambah pulangan yang hampir terjamin untuk membiayai pesaraan mereka.
Tabungan anda dalam KWSP terbahagi 2 akaun iaitu akaun1 dan akaun2. Akaun 2 boleh digunakan untuk membuat pengeluaran pinjaman perumahan dan perubatan.Akaun 2 tidak boleh digunakan untuk melabur dalam Unit Trust. Justeru Unit Trust umumnya dibuat menerusi akaun 1.
Walaubagaimanapun setiap individu mempunyai kelayakkan yang berbeza anda boleh semak kelayakkan anda
Contoh:
Andaikan Azmi berusi 40 tahun. Beliau memiliki RM120.000 dalam akaun 1dan membuat keputusan melabur menerusi skim pelaburan KWSP. Berapabanyak yang boleh beliau laburkan?
Pelaburan Pertama
Baki Akaun 1RM120,000
Simpanan Asas Wajib (lihat Jadual Tabungan KWSP)RM44,000
Jumlah yang boleh dilabur
(RM120,000 – RM44,000 x 20%)
RM15,200
Pelaburan Kedua
Katakan selepas tiga bulan, jumlah tabungan Azmi telah meningkat sebanyak RM3,000. Berapakah yang boleh dikeluarkan kali ini?
Baki Akaun 1
RM120,000 + RM3,000 – 15,200RM107,800
Simpanan Asas WajibRM44,000
Jumlah yang boleh dilabur
(RM107,800 – RM44,000 x 20%)
RM12,760
Pelaburan Ketiga
Katakan Azmi mahu melabur sekali lagi, tetapi kali ini selepas enam bulan. Pada Waktu itu beliau sudah berusia 41 tahun, dan simpanan asas wajib baru ialah RM48,000. Dalam tempoh enam bulan itu, jumlah tabunganAzmi telah meningkat sebanyak RM6,000
Baki Akaun 1
RM107,000 + RM6,000 – 12,769RM100,231
Simpanan Asas WajibRM48,000
Jumlah yang boleh dilabur
(RM100,231 – RM48,000 x 20%)
RM10,446.20
Maka Azmi atau mana-mana pencarum lain boleh terus melabur dalam Unit Trust tiga bulan selepas membuat pelaburan terakhir selagi jumlah yang ada dalam Akaun 1 melebihi jumlah minimum yang ditetapkan oleh KWSP
Cuba kita buat sedikit perbandingan tentang potensi pulangan jika pelaburan anda dalam Unit Trust berjaya mengatasi KWSP. Andaikan anda melabur RM30,000 dalam skim Unit Trust KWSP. Berapakan keuntungan tambahan yang anda terima jika pulangan pelaburan anda mengatasi dividen yang diberikan oleh KWSP?. Kita andaikan dividen tahunan KWSP ialah4.75 peratus dan pulangan terkompaun Unit Trust biasa ialah 6.5 peratus dan juga membandingkan Unit Trust yang memberikan pulangan tinggi sebanyak 9 peratus setahun.
Perbandingan pulangan Unit Trust dengan KWSP
10 Tahun20 Tahun25 Tahun
Dividen KWSP – 4.75%47,71675,89395,713
Pulangan Unit Amanah – 6.5%56,314105,709144,831
Pulangan Unit Amanah – 9.0%71,021168,132258,692
Anda perlu ingat bahawa pulangan terkompaun 6.5 peratus tidak sukar untuk diperolehi dan terdapat banyak dana ekuiti yang berjaya menghasikan pulangan terkompaun seperti ini. Tetapi jika pulangan sembilan peratus diberikan, seperti yang boleh dicapai oleh beberapa dana cemerlang, lebih lama tempoh pelaburan, lebih besar perbezaan pulangannya. Malah Unit Trust boleh memberikan pulangan 12 peratus terkompaun tahunan.
Keuntungan mereka yang mengeluarkan KWSP untuk tujuan pelaburan
Dividen KWSP = 5%
Dividen Public Mutual = 15% (purata)
Jumlah keuntungan yang diperolehi = 20%
Bagi mereka yang tidak berbuat apa-apa dengan wang KWSP….
Dividen KWSP = 5%
Dividen Public Mutual = 00%
Jumlah keuntungan yang diperolehi = 5%
Perbezaan sebanyak = 15%
jadi, fikir-fikirkanlah untuk masa depan pesaraan anda…
KWSPASBPUBLIC MUTUAL UNIT TRUST
4.5%8.75%13-20%