Kelebihan Public Mutual
Public Mutual adalah salah satu syarikat unit trust yang mempunyai saham terbesar berbanding syarikat lain. Dengan Public Mutual tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah sebuah syarikat yang sah dan merupakan syarikat unit trust no 1dimalaysia dan syarikat yang dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 2 juta dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Bilion.
Seramai lebih 1.80 juta pemegang akaun Public mutual telah bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan dana selama 28 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk mempelbagaikan tabung simpanan pesaraan anda. Kami ghairah dalam memberi nilai kepada para pemegang unit kami.
Macam mana pelabur untung ?
Jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.
Ataupun, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, makan pendapatan ini juga akan diterjemah dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.
Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan, maka harga seunit unit trust akan menurun.
Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran matawang dan kecekapan ahli korporat yang menguruskan aset-aset pelabur.
Contohnya, TNB menjadi pilihan ramai pengurus dana untuk melaburkan duit pelabur unit trust. Saban tahun TNB tetap menjana keuntungan tidak kira apa musim sekalipun kerana penguna di Malaysia tiada pilihan untuk mendapatkan tenaga elektrik selain daripada TNB.
Namun, jika CEO dan pengurusan TNB tidak cekap, tidak mustahil TNB boleh juga mengalami kerugian.